Back

Login

Don’t have an account?Register
Powered By
Pitchero
News & EventsLatest NewsCalendar
Keris Conlay membara

Keris Conlay membara

MATA KERIS22 Mar 2012 - 19:37

Oleh Mohd Ali Majid sukan@hmetro.com.my

KEJAYAAN mengalahkan TUDM Blackhawk membakar semangat pemain Keris Conlay untuk bertarung lebih agresif hari ini.

Pada perlawanan pembukaan kelmarin, Keris Conlay naib juara musim lalu, menang ke atas pasukan Angkatan Tentera itu, 20-15.

“Sudah tentu perlawanan kedua lebih hebat memandangkan lawan bukan calang-calang pasukan dengan kehadiran ramai pemain luar negara,” kata jurulatih Hisham Hassan.

Bagaimanapun, katanya, pasukan sentiasa bersedia menghadapi setiap pasukan sepanjang kejohanan ini untuk mencapai matlamat muncul juara selepas tumpas pada final musim lalu kepada Cobra, 11-33.

Dalam kempen musim ini, Keris Conlay diletakkan sebagai pasukan pilihan dengan mengetuai Kumpulan B bersama-sama Asas, ATM-RAMD, Bandaraya Dragons, RSC dan Blackhawk.

Bagi mengharungi saingan, Keris Conlay menampilkan 30 pemain terdiri daripada 17 pemain lama dan 11 pemain baru termasuk dua pemain import dari Fiji, Restonua Vaqasaukuru dan Waisea Nasekai.
Selain mereka Conlay juga diperkukuhkan pemain kebangsaan dari skuad tujuh sepasukan negara, Mohamad Farizal Ismail yang bermain sebagai winger pasukan.

xls

LIGA KRS DIAMOND 2 -2012

141.0KB
Download
Further reading